Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perhutanan adalah seni, sains ekologi, dan amalan mengkaji dan mengurus hutan dan pokok, dan berkaitan sumber semula jadi. Seorang pengamal profesional perhutanan digelar seorang rimbawan. Hutan telah dilihat menjadi salah satu komponen terpenting biosfera, dan perhutanan telah timbul sebagai suatu jurusan penting sains gunaan, seni, dan teknologi. Perhutanan moden mengambil berat dengan: membantu hutan untuk memberikan balak sebagai bahan mentah untuk hasil kayu; habitat hidupan liar; pengawalan kualiti air semula jadi;rekreasi luar; perlindungan lanskap dan masyarakat; pekerjaan; lanskap yang menarik secara estetik; pengurusan biokepelbagaian; pengurusan legeh; dan tadahan untuk karbon dioksida di atmosfera.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar